Answered

Apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada hubungan kerajaan alam melayu dengan kerajaan luar seperti china dan india?

Answer :

Explanation:

FLIPHTML5 logo

Log in

Home Explore Sejarah_Tingkatan_2

Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes! Create your own flipbookView in Fullscreen

Sejarah_Tingkatan_2

Published by bukuteks.smkdmk, 2021-01-10 10:55:43

Search text...

Description:

Sejarah_Tingkatan_2

Read the Text Version

Pages: 1 - 50 51 - 100 101 - 150 151 - 200 201 - 218

Kerajaan Majapahit Tulisan Kawi • Bahasa utama masyarakat kerajaan Majapahit ialah Jawa Kuno. Masyarakat kerajaan ini menggunakan tulisan Kawi. • Hal ini dibuktikan dengan penemuan inskripsi dan persuratan bertarikh abad ke-14. • Selepas tersebarnya agama Islam, masyarakat kerajaan Majapahit mula menggunakan huruf-huruf Arab dalam sistem tulisan mereka. Tulisan yang menggunakan huruf Arab bagi menulis bahasa Jawa dikenali sebagai tulisan Pegon. Tulisan Pegon Kerajaan Kedah Tua Batu bersurat Cherok Tok Kun di Pulau Pinang. • Penemuan batu-batu bersurat menunjukkan penggunaan bahasa Sanskrit dan tulisan Palava di Kedah Tua. • Buktinya, melalui penemuan batu bersurat di Sungai Mas dan Cherok Tok Kun yang bertarikh abad kelima. Cuba Buat Cerna Minda Senaraikan jenis tulisan yang terdapat di Alam Melayu? Replika Batu Bersurat 1 Alatan yang diperlukan: (i) Seketul batu. Dapatkan (ii) Plastisin (tanah liat). seketul (iii) Lidi yang tajam. batu yang mempunyai permukaan rata. 42 Bahasa dan tulisan penting kepada perkembangan masyarakat kerajaan Alam Melayu. Di samping menjadi alat komunikasi utama, bahasa dan tulisan berfungsi untuk menyimpan rekod-rekod pemerintahan, perundangan, perdagangan dan keagamaan. Pada hari ini, hasil tulisan masyarakat kerajaan tersebut menjadi sumber rujukan dan dokumentasi kepada ahli sejarah untuk memahami ketamadunan masyarakat silam. Glosari KPS Dokumentasi: himpunan atau kumpulan bahan bertulis yang dapat Rasionalkan kepentingan digunakan sebagai bukti atau keterangan bagi sesuatu kajian. sistem bahasa dan tulisan di Alam Melayu. Tulisan Kawi: tulisan ini berasal dari India. Perkataan Kawi diambil daripada istilah Kavi dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair. Tahukah Anda? • Bahasa pertuturan utama masyarakat negara kita hari ini ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu mengalami evolusi mengikut peredaran zaman. • Huruf Arab digunakan di Alam Melayu. Tulisan Arab diadaptasi dan disesuaikan hingga lahirnya tulisan Jawi. Huruf-huruf ini digunakan sepenuhnya, namun ditambah lima huruf lagi untuk disesuaikan dengan sebutan dan perkataan Melayu. Huruf-huruf tersebut ialah “ca” (‫)ﭺ‬, “nga” (‫)ﻉ‬, “pa” (‫)ﭫ‬, “ga” ( ) dan “nya” ( ). • Bahasa Melayu juga bersifat terbuka. Ekoran pertembungan pelbagai budaya, bahasa Melayu telah menerima pengaruh beberapa bahasa asing sehingga memperkaya lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu. Antara pengaruh bahasa asing terhadap bahasa Melayu adalah seperti dalam jadual yang berikut: Jadual: Pengaruh bahasa asing terhadap bahasa Melayu seperti dalam kurungan. Sanskrit Tamil Cina Parsi Arab bhakti (bakti) petti (peti) tau ge (tauge) anggur (anggur) kursiy (kerusi) buddhi (budi).

Other Questions